Followers

Wednesday, February 25, 2009

Tentang Letto


Letto merupakan sebuah kumpulan muzik Indonesia yang dibentuk pada tahun 2004. Kumpulan muzik berasal dari kota Gudeg ini beranggotakan Noe (Sabrang Mowo Damar Panuluh, Yogyakarta 10 Jun 1979) sebagai vokalis, Patub (Agus Riyono, Yogyakarta, 2 Ogos 1979) sebagai gitaris, Arian (Ari Prastowo, Bantul, 27 Mac 1979) sebagai bassis, dan Dhedot (Dedi Riyono, Yogyakarta, 23 Januari 1987) sebagai drummer. Vokalis Letto, Noe, adalah anak kepada penyair Emha Ainun Najib. Anggota kumpulan Letto ini telah bersahabat sejak masih sekolah di SMU 7 Yogyakarta. Setelah berpisah akibat kesibukan kuliah, mereka akhirnya bertemu kembali dan berkarya bersama.


Album pertama bertajuk "Truth, Cry, and Lie" yang dikeluarkan pada 2005. Namun sebelum itu Letto juga pernah mengeluarkan album PILIH 2004, tapi pada masa itu nama kumpulannyanya masih Leto (satu T). Album pertama mereka meraih penghargaan kategori 'Album Pendatang Baru' semasa SCTV Music Award 2007. Album Letto yang pertama ini juga mendapatkan anugerah 'Planet Muzik 2007' sebagai kumpulan muzik terbaik di Singapura pada 8 Jun 2007.

Letto yang cukup terkenal di Indonesia melebarkan sayapnya ke Malaysia dengan melancarkan album Truth, Cry & Lie di pasaran muzik Malaysia pada 23 Julai 2007. Mereka memutuskan untuk ikut meramaikan dunia muzik tanahair setelah lagu-lagu mereka seperti, "Ruang Rindu" dan "Sandaran Hati" berjaya menduduki tangga teratas di beberapa stesen Radio Malaysia.

Letto melancarkan album kedua bertajuk "Don't Make Me Sad" yang dikeluarkan pada 16 Ogos 2007. Dalam album ini, Letto menjagokan lagu "Sebelum Cahaya". Bukan hanya lagunya yang unik, video klipnya juga dibintangi Amanda, seorang model yang tuna rungu. Lirik lagunya berkisah tentang seseorang yang merasa kesepian kerana ditinggalkan teman. Sebahagian hasil dari penjualan album ini, Letto akan mendedikasikannya untuk membuat buku huruf Braille Musica akan mempromosikan album ini ke Malaysia. Lagu-lagu lain yang menarik dalam album ini di antaranya lagu berbahasa Inggris "Ephemera", "Bunga di malam itu" yang bertutur tentang indahnya pertemuan dengan Sang Nabi Muhammad SAW, dan "Permintaan Hati" yang berirama lebih rancak menghentak.

No comments:

Post a Comment